assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

December 2, 2011

ce CiTe SaL NaZam..

benda ini telah lama berlaku,
tapi baru menerpa ruang minda.
jari jemari pun rajin menaip,
jadilah marilah sama-sama kita fahami
entri kali ni..
NAZAM

apa yang anda faham sal NAZAM??
menurut apa yang saya faham, nazam ini ialah melagukan sesuatu
yang berupa kata-kata nasihat..
itu pendapat dari saya.
nazam sebenarnya ialah...

Nazam ialah puisi yang berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi. Mengikut Kamus Dewan (1994:858) “Nazam” ialah perkataan Arab yang bermaksud gubahan puisi seperti sajak dan syair, ”bernazam” adalah bercerita dengan lagu, bersajak atau bersyair, manakala menazamkan bermaksud menceritakan dengan lagu atau mengubah dan menyajakkan.


Kamus Dewan juga memberikan kata lain yang digunakan untuk nazam iaitu nalam. Mengikut Kamus At-tullab Arab-Melayu (1994:) nazam dalam bahasa Arab bererti merangkai, mengarang, menyusun dan mengatur. Makna ini termasuklah merangkai, mengarang dan menyusun kata-kata dalam mencipta puisi. Dalam Kamoes Bahasa Minangkabau-Bahasa Melayoe Riau, (Jakarta,1935) tidak dijumpai kata "nazam", namun dapat disamakan dengan "nalam", iaitu banalam (bernazam) ialah bertjerita dengan lagu terutama tentang agama atau yang berisi pengajaran. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia,terbitan Balai Pustaka 1988, ditemukan kata "nalam" dan "nazam". "Nalam" adalah gubahan sajak (syair, karangan); sementara bernalam, bermaksud membaca puisi atau bercerita dengan lagu; bersajak (bersyair). Mengikut Kamus Umum Bahasa Indonesia (1984) mengatakan "nalam": gubahan sajak, syair atau karangan); "bernalam" bermakna bersajak atau bersyair; bercerita dengan lagu; "menalamkan" adalah menyajakkan; menceritakan dengan lagu.
Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa dalam bahasa asalnya, nazam bermakna puisi secara umum. Di samping itu istilah ‘bernazam’ pula digunakan bagi maksud berlagu. Di dalam hal ini istilah Nazam mengalami kedudukan yang sama dengan istilah syair dan gurindam. Ketiga-tiga perkataan itu diambil dari bahasa asing. Syair dan nazam diambil dari bahasa Arab, gurindam pula berasal dari bahasa Tamil. Ketiga-tiga perkataan ini bermaksud gubahan puisi secara umum di dalam bahasa asal masing-masing. Setelah diterima ke dalam bahasa Melayu perkataan-perkataan ini kemudian mengalami pengubahsuaian dan digunakan sebagai istilah teknikal yang merujuk kepada sesuatu jenis puisi yang mempunyai struktur, isi dan fungsi yang tersendiri. Perkataan nazam yang digunakan sebagai istilah teknik kepada suatu jenis puisi mula ditemui dalam Tajus Salatin yang dikarang oleh Bokhari al-Jauhari kira-kira dalam tahun 1603.

nazam pada masa kini kurang mendapat perhatian.
bahkan ramai yang tidak mengetahui kewujudan cabang seni yang satu itu.
termasuklah saya.. :)

sampailah suatu ketika saya dilibatkan dalam satu pertandingan Nazam sempena Bulan Bahasa Kebangsaan di kampus.
seriously, since there saya jatuh cinta dengan NAZAM. i really do!
melalui latihan-latihan bersama rakan-rakan yang agak pakar,
saya belajar rentak, alunan, gaya persembahan dan paling penting harmoni suara tu.
nazam ni ada banyak jenis,
tapi kami memilih untuk mengalunkan nazam kontemporari.
siap dengan alat muzik sekali.
alhamdulillah, walaupun berlatih dalam masa yang singkat, kami berjaya juga menggondol tempat pertama tu. (perempuan only).
paling lawak sebab masa pertandingan tu, kami baru sedar yang sepatutnya kami bernazam versi Melayu...tapi kami ni versi Arab2 sket.haha.
yang masuk bertanding maksimum 5 orang tapi kami 13 orang.
tiada yang menggunakan alat muzik tapi kami guna.
semua datang simple2 je tapi kami bergaya.
sebab ni pertama kali.
apa-apa kami dialu-alukan untuk menyertai kelab kesenian Islam, insyAllah.

ni gambar-gambar sekitar pertandingan..





pengalaman berharga.. :)


hehe.
so, mulai sekarang mari kita menyokong sebarang penganjuran NAZAM!

No comments:

Post a Comment