assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

February 3, 2014

SeTeksi

Assalamualaikum.

Ha, cerita terbaru. Masih panas macam pisang goreng. Masih lagi hatiku sedikit panas. Eceh. Ahad lepas dapat tawaran menggantikan seorang ustaz mengajar tuisyen Bahasa Arab untuk budak-budak SPM. Masa dapat tawaran, terus terfikir bestnya. Mahu juga daku merasa bagaimana mengajar dan mengaplikasikan teori yang dipelajari. Gituh. Maka berpergianlah bersama seorang sahabat. Kami pergi dengan menaiki teksi. Almaklumlah. Kami mana ada kereta. Pak Cik dahlah lambat 15 minit.. Boleh pulak dia tumpangkan sekali mamat Bangla 2 orang. Jadi, kami 4 orang dalam 1 teksi! Masa inilah membahang rasa hati. Sangat. Tidak sensitifkah pak cik. Memanglah untung untung untung. Tapi kami customer first. First come first serve! Kami perempuan. Bukan lelaki. Eyhhh. Boleh buat aduan pelanggan kan kan kan? Tapi apa sangatlah kan. Apa salahnya pak cik kaut untung lebih.. Mahu memikirkan kebaikan untuk pak cik, tapi sayangnya pak cik tidak sensitif dengan situasi kami. Andai yang ditumpangkan itu perempuan, berhimpit berlima pun tidak kisah. Oh! Masih gerammm. Dek kerana kejadian ini, 2 hari rasa marah yang entah kenapa. Marah sebab pentingkan diri. Marah sebab terfikir " I wish I stay at home and go anywhere by driving myself"..Wahh. Tapi hari ini sedikit positif. Dimana-mana sekalipun, dugaan mendatang dan kita jangan melatah. Allah uji sebab Allah sayang...

Sekian ;)

November 29, 2013

2 Tahun Lagi

Alhamdulillah. Baru menghabiskan PISMP Semester 4. Terasa cepat masa berlalu. 
Ada 2 tahun lagi. 4 semester. Tahun depan insyaAllah akan melalui fasa praktikum pulak. 
Takut memikirkan. Apapun, berdoa semoga dipermudahkan. 
Selalu bertanya pada diri. Pensyarah pun selalu bertanya.
Bersedia menjadi guru?

MasyaAllah. Setelah 3 tahun setengah dilalui. 
Takkan masih belum jumpa jawapan.
Ask ourself. Selalulah bertanya pada diri.
Sejauhmana keikhlasan untuk menjadi guru.

Manusia adalah manusia.
Tidak hilang sifat nalurinya.
Dapat menyembunyikan apa yang tersirat.
Kadang-kadang terluah yang tersurat.

Sebab itulah kadang-kadang rasa keliru. Takut.
Takkan mengajar adalah pilihan terakhir?
Baiklah, Sungguhpun pilihan teradkhir,
tidak percayakah pada takdir Yang Maha Esa?
Pasti ada hikmah. Sebab Dia lebih tahu.

Pernah terbaca satu topik.
Guru ada 2.
Guru dengan bakat semula jadi sebagai seorang guru.
Dan guru yang bakatnya perlu diasah untuk menjadi seorang guru.
Aku rasa tempat aku yang kedua.
Sedang bertatih menanamkan semangat sebagai pendidik dalam diri.
Banyak yang perlu diperbaiki. Terlalu banyak.
Tidak mahu menjadi guru yang memenuhi tuntutan akademik semata.
Mahu membentuk sahsiah.
Sahsiahlah yang perlu aku jaga. Risau --'

November 7, 2013

Program Semaian Kasih Perpaduan 2013

Assalamualaikum. Moshi-moshi

Alhamdulillah. Berkesempatan mengikuti program Semaian Kasih Perpaduan anjuran IPGM dengan kerjasama JPNIN. Bertempat di Kg. Johor Lama, Kota Tinggi, Johor. Kampun ni terletak di tepi laut. Masuk ke kampung ni kena lalu kawasan FELDA. Laut dan FELDA... :) Program 4 hari 3 malam melibatkan mahasiswa guru IPG zon tengah :)



Sungguhlah seronok. Firstly sampai-sampai ja kampung tu, ada majlis perasmian pembukaan. Lepas tu kami diagihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Heee.. Masa ni berdebar-debar. Sik mo berpisah dengan kawan-kawan seIPG. Hahaha. Motif. Tapi mahu tidak mahu berpisah jua. Kata perpaduan...kan.

Jadi, aku dengan Dina (Bdk IPG KPI) menjadi cucu angkat kepada Haji Sulaiman. Ramai ok.. 10 orang kami menjadi cucu angkat. Haha. Lain-lain IPG. Lain-lain agama. Lain-lain budaya. Tu yang menjadikan keluarga angkat ni seronok. Atok dengan nenek tinggal berdua. Anak-anak berkahwin dan tinggal jauh dari kampung. Atok ni umur 78 tahun, nenek 76 tahun. Tapi dua-dua sihat lagi dan aktif. Comeyy. Malu dengan nenek. Dia baca sarikata tv dengan jelas..aku yang 22 tahun ni pakai spek baru dapat tengok tv.. :)

Cucu-cucu angakt seramai 10 orang.
Malay, Bajau, Iban, Chinese, Bidayuh 



Ini rumah atok leman. Eh, memandai letak Leman.

Oh ya, rumah atok ni betul-betul membelakang laut. Buka pintu belakang..zasss laut depan mata..Huu.

Cerita Day 1:


Tu ja la...perasmian..penyerahan kepada keluarga angkat..malam tu taklimat dan meluangkan masa dengan keluarga angkat. Aku macam mana sekalipun program, tidur tetap awal daripada yang lain.. Walaupun yang lain masih rancak berkenalan dan berborak, aku awal lagi diulit mimpi..hihihi.. Tidaklah ku mampu tidur lewat...

Cerita Day 2:

Sabtu pagi kami bertolak ke Sekolah Wawasan. Selama ni belajar ja sekolah wawasan, akhirnya jejak juga kaki. Yes, sekolah wawasan ni unik sebab menggabungkan 3 kaum. SJKT, SJKC dan SK. Memang meriah sekolah ni. Ada Melayu, Cina dan India. Ha, sinilah kita boleh tengok kaum Melayu tinggal kawasan pesisir pantai, kaum India dalam estet manakala kaum Cina tinggal di ladang. Pagi tu kami menganjurkan pertandingan mewarna bagi tadika, program mendeklamasi sajak dan kelas bimbingan untuk murid sekolah rendah. Apa yang dapat disimpulkan, suasana 1 Malaysia sangat dirasai.. :)

Pertandingan mewarna kategori tadika

Pertandingan deklamasi sajak

Mahasiswa IPG

WE :)





Petang pula kami bergotong-royong membersihkan kawasan pantai dan kampung. Lepas tu, masuk ke estet dan ladang untuk memberikan sedikit sumbangan yang ditaja oleh Syarikat Faiza kalau xsilap.

Sebelah malam pula ada jamuan makan sambil menonton persembahan kebudayaan. Yang ini awesome. Ada persembahan tarian Sabah Kontemporari, Ngajat, Sumazau, Seloka Pak Kaduk, Dondang Sayang dan menyanyi. Hi :)

Balik rumah teruss tdurrr...itu adalah habit..tdur awal.


Day 3 
Seawal pagi lagi bangun. Sarapan roti canai cicah dengan kuah kari. Mebelles sungguh kuah kari tu. Bedal 2 keping. Hikhik. Lepas tu terus ke dewan terbuka untuk taklimat. Ha, masa ni kecoh-kecoh sebab berebut main air atau aktiviti permainan tradisional. Aku 2 3 kali pikir. Akhirnya ke air lah.. Best! :)






Sebelah petang pulak bersiap ke Taman Buaya!


Malam pulak program Pangkin Tok Ayah. Program ini memperkenalkan lagi asal-usul 
Kg Johor Lama ni :) Lepas tu balik rumah. Malam akhir sentimental pulak. Family angkat siap bagi gift lagi. Hihihi.


My gift ;)

Lepas tu..terusssla main bunga api! Jam 12 tgh malam.

Banyak stok pak cik..huhuhu. Siap bagi lagi. Terima kasih ^^


Cerita Day 4:
Last day. Majlis penutupan dan diikuti jamuan ringan. Selesai semua,
terus balik ke IPG. 
Keluarga Baru :) Terima kasih Tok Leman sekeluarga. :)

Last gambar Pok dan Zack. Makan besar on the last day. Untunglahhhh. :P

Kesimpulannya, program ini sangat-sangat best! Alhamdulillah. Banyak sebenarnya pengalaman baru. Belajar berinteraksi dengan masyarakat luar. Memperkenalkan IPG kepada orang luar. Disamping mengeratkan silaturahim antara Mahasiswa Mahasiswi IPG.

Terima kasih atas peluang yang diberikan!

Thumbs Up Team Hoki IPGKPI!

Alhamdulillah. Tercapai objektif penubuhan team hoki muslimat IPG KPI. Sekadar target untuk menyertai FESHOGUM 2013. Dalam tempoh masa kurang setahun... Alhamdulillah. Terlebih suka. Jangan tanya dapat tempat ke berapa. Masuk ke semi pun sekadar ucap Assalamualaikum, kami tumpang lalu.. Haha.

Banyak kenangan dengan team. Ketawa bersama, menanggis sendiri-sendiri :P
Apapun, semoga team terus kuat untuk meneruskan perjuangan. Kita boleh! :)

Ok..ok. Kali ini IPG hantar 4 team. 2 team muslimat. 2 team muslimin. Yala, ramai yang minat. Lai..lai..la jadi wakil terus..hi. Saing dengan IPG-IPG lain. Memang best. Masa ni lah boleh tengok kehebatan para bakal-bakal guru ni beraksi. Macam-macam ragam permainan. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Harus beri pujian kepada IPG KBM atas pengganjuran yang terbaikkk! Sangat berpuas hati dengan pihak penganjur. Tahun depan jumpa lagi, insyaAllah :)


So, here kenangan kami that day...

Kenangan FESHOGUM 2013 @ Stadium Hoki KPM

Team B Muslimat
Junior okehh. Mereka baru sahaja mula menceburkan diri.
Belum sampai sebulan pun pegang kayu hoki dah wakil IPG.
Tahniah adik-adik. Prestasi membanggakan :)


Team A muslimat
Haha.
Ada peningkatan.
Walaupun tiada skor.
Tahun depan pesta gol..katanya...

Tuan belog sedang beraksi :p

Team A muslimin masa final

Team A muslimin.
Naib Juara.
Mabruk!

Team A + Team B muslimin

Alhamdulillah, team A muslimin mampu masuk ke peringkat akhir dan mendapat tempat kedua daripada keseluruhan. Tahniah..tahniah. Memang terbaik.. :)


October 10, 2013

My Hero ;)

Assalamualaikum! hikhikhik. Mood exam dan sedang duduk di library... Sungguh bermakna duduk di library masa-masa macam ni :p

Pagi ni talipon big mem a.k.a Mama yang disayangi. <3 
Saja telefon. Minggu depankan Hari Raya Aidiladha. 
Terasa-rasa jasad terbang ke rumah. Haha. 
Dannnnnnn....
Soalan Mama ialah,
"Kenapa nak?"
Haha. Hati Ibu. Mesti tertanya-tanya kenapa anak dia telefon.
Anakmu ini merinduimu wahai Ibu...Hiii


Wasilah ke syurga :')

Eh, eh.
Entry ni cerita sal My Hero. Tiba-tiba teringat Hero a.k.a Bapa :)
Bapa ni seorang yang sangat simple. Simple dari segi perbuatan dan percakapan.
Paling best kalau Bapa mau tegur. Mesti tersirat sungguh maksudnya. Haha.

Contohnyalah kan... Belajar.
Bukan direct Bapa tanya "Nak, mcmna belajar, mcmna result?"
Soalan Bapa mcmni.."Ida kalau exam selalu dapat berapa?"..
Hii..Bagitau pointer pun bukan Bapa faham. Bukannya dia mau tau berapa pointer pun.
Maksud soalan tu ialah "Ida, belajar rajin-rajin, jangan berjalan sejaaaaa"...kihkihkih

Contoh lain..Bapa suh sekali sekala tu baca la Al-Quran. Ni masa sekolah menengah dulu.
Soalan Bapa mcmni, "Di sekolah ada belajar menggaji?"... Maksud tersiratnya ialah "Menggajilah selalu, sudah belajar juga kan di sekolah"...

Hari tu cubaan memasak ikan merah stim.
Bapa tersuka pula makan ikan stim.
The other day Bapa cakap macamni..
"Ida, ikan yang ni sesuaikah stim?". Motif.
Cakap jakla suh masak stim lagi. Haha.

Funny ;)

Same goes to perkara-perkara lain. Bapa bukannya tanya atau bagitahu terus. Mesti kita faham secara tersirat.  

Mesti semua pun ada kenangan yang terindah dengan insan-insan tersayang. Kalau ditanya Bapa siapa paling best?? Mestilah masing-masing jawab bapa sendiri. Hehe. So, the way we appreciate our parents. Treat them well. :')

Allahummagfirli waliwalidaiyya warhamhuma kama rabbayani shogiro. :)

Kalau ada rezeki..InsyaAllah minggu depan join program anak angkat di Johor. Semoga dipermudahkan dan semoga memudahkan.. Allahumma Amin.


June 28, 2013

Coming Soon!




Yuhuuu! Bina Insan Guru (BIG) PISMP Semester 4 is around the corner! I'm seriously super duper excited! Sebab berkali-kali ajak kawan-kawan naik Broga, 2 3 orang layan permintaan tapi fail tiada masa, tiada kenderaan dan tiada penginapan. No backpacks....hm. Alhamdulillah, tengok...Allah ganti dengan BIG yang yang berbentuk khidmat masyarakat. Walaupun tiada hiking, it's ok :) Yang penting saya boleh guna beg hiking dan travel kit dan telekung travel kain al-butay. Hahaha. Itu motif sebenarnya.

Jadi, BIG sem ini dan yang terakhir insyaAllah akan bermula pada 4 hingga 6 Julai 2013. Tempat adalah di kawasan perkampungan orang asli. (Kawasan Ulu Yam). 3 kampung iaitu Kg Gurney, Kg Kuantan dan Kampung Ulu Tamu. Dan saya teruja dapat Kg Gurney. Katanya itu yang paling mencabar. Kampung Kuantan pulak musim buah. Wahhh.Untung.....

Tugasan saya dan kumpulan ialah mural. Ala, lukis-lukis..cat-cat...kaler-kaler..hii
Dinding sekolah bakal menjadi saksi ketiadaan seni dalam diri ini. Hihihi. 
Rakan-rakan yang lain ada yang dapat mengajar tuisyen, bagi motivasi, jadi imam, buat khat, jadi anak angkat, masak dan macam-macam lagi. Seramai 200 pelatih guru semester 4 telah pun dibahagikan kepada kumpulan masing-masing.

Ada misi yang dibawa. Misi sosial dan keagamaan. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin. Doakan!

No phones and cameras are allowed for the 3 days. I wish to challenge myself with no phone with me for that 3 days..insyaAllah hiii :p

bekam

Alhamdulillah. Selesai dengan niat yang satu itu. Berbekam.
Berikut antara kelebihan bekam yang saya copy paste dari blog orang lain. Hihi. Halal ye!


1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
Oh ya, dalam pembacaan yang lain. Bekam ini sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Perasaan seolah-olah rahim jatuh.huuuu. Derita hujung bulan. Semalam juru bekam kata untuk masalah tersebut, point bekam adalah sekitar pinggang, pinggul dan kaki. :)

Alhamdulillah. Selesai melaksanakan sunnah Rasulullah sebelum ramadhan datang. Mudah-mudahan ramadhan nanti, segala pembuluh darah tidak diganggun syaitan sekaligus menyebabkan saya malas bertarawih. Huhu. Go Ildah! Semangat ramadhan! Semangat!


June 23, 2013

:)

Dalam banyak-banyak amalan/perbuatan baik yang kita lakukan...
Mungkin salah satu daripadanya membuka jalan kita ke syurga..
Yakin dan percayalah..

Solat kita belum tentu sempurna..
Ibadah-ibadah sunat kita pun belum tentu diterima..
Tapi, mungkin kita bersedekah, menghadiri usrah atau apa-apa kebaikan yang lain..
Rupanya rahmat Allah yang membawa ke syurga.

Kita masuk syurga bukan kerana amalan kita.
Tapi kerana rahmat Allah :')

Nisfu Sya'ban

Alhamdulillah. Maghrib tadi adalah malam bermulanya Nisfu Sya'ban. Malam diangkat buku amalan lama dan diturunkan buku amalan baru. Sebak pulak mengenangkan isi kandungan buku lama. Allah maha mengetahui. Tapi, kita si pembuat pasti serba sedikit merasa kandungan buku kita tidaklah seberapa :'(
Mudah-mudahan ada catitan kebaikan yang kita tidak sedari. Dan semoga catitan itu lebih banyak dari kejahatan yang dilakukan.

Teringat dulu-dulu masa duduk asrama. Malam Nisfu Sya'ban ramai-ramai baca Yaasin 3 kali. Besar harapan buku tu diangkat penuh dengan kebaikan...Allahumma amin..

Pesan Sir TJ minggu lepas, do call your parents..seek for forgiveness..also to your friends. :)

Ma, Pa.. Aku mintaa maaf..terlalu banyak kesalahan yang aku buat. 
Kawan-kawan...aku minta maaf juga. Orang-orang yang paling dekat dengan aku pasti adalah orang-orang yang paling banyak aku sakiti... ;'(

Dosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Dosa dengan manusia, minta ampun pada manusia. 

Jom ramai-ramai terus berusaha memperbaiki diri dan saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

Sedikit mengenai bulan Sya'ban.

Para sahabat apabila sampai sahaja pada bulan Sya'ban, mereka akan menanggis merintih berdoa semoga disampaikan umur mereka kepada bulan Ramadhan. Hebat para sahabat dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah :')

Semoga Allah bukakan hati kita...sama-sama menghayati bulan ini. Jadikan ianya bulan persediaan menghadapi Ramadhan Al-Karim. Perbanyakkan bacaan al-Quran, puasa sunat dan ibadah-ibadah sunat. Mudah-mudahan cukup sebagai persediaan menghadapi ramadhan...Amin.

Berubah adalah pilihan. Pilih untuk berubah :)

May 29, 2013

bank oh bank

Alhamdulillah. Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, semua pun di hujung jari. HUJUNG JARI ok. Sik payah susah-susah queue up lagi di bank. Moh la kita menyelesaikan urusan dengan hanya one click. Wah! Succesful dah itu urusan. 

Untuk pemalas cek baki akaun seperti saya, lebihlah baik cek online. Cepat, mudah dan xperlu malu. Apakah ke atm semata-mata untuk cek baki? Hee.. Tup2 baki pun entah berapa lagi. Jadinya, online banking ini sangat-sangat memudahkan urusan kita. * Maaflah, baru sahaja melibatkan diri dalam internet banking dan berasa sangat teruja dengan services yang ditawarkan. Kalau ku tahu, dari dulu lagi saya aktifkan internet banking. Huu. Ada hikmah purse hilang. Sebab masa buat kad atm bsn baru hari tu, the officer ask me to activate my online banking. Saya yang menurut perintah pun melakukannya. Dan, wah! bestnyaaa... Haha. :p Selalunya tumpang M2U rumate ja... hikhikhik

Jadi, antara wishlist semasa break sem ni adalah mengaktifkan semua internet banking. Hari ni aktifkan bank rakyat. Eh! Bank Rakyat pun boleh guna untuk beli tiket AirAsia. Serius sangat serius baru tahu. Dan teruja walaupun belum cuba. Lepas ni..lepas ni...insyaAllah... Banyak lagi service yang ditawarkan. Dan semuanya di hujung jari. Agak-agak bosan, bolehlah cek balance ka, fund transfer ka...and so on. 

Lepas ni buka CIMB dan MAYBANK pula. Kawan-kawan macam bahagia ja pakai tu....Bahagia beli barang online. Ok. Bye :)