assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

October 25, 2012

Raya

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tahun ni beraya di perantauan lagi. Inilah raya ketiga di perantauan. 

Mula-mula dulu sebak juga. Masa kol bapa tu..minta ampun bagai..bapa cakap..
"ala, teda apa2 lah nak. teda salah apa-apa pun"...
Terus tambah sebak..sebab mau salam cium tangan bapa dengan mama...*sebak.
Tapi lepas tu jalan pergi Sentul raya rumah classmate..
Terus pergi Masjid Jamek. Ingatkan borong kain. Sekali tengok semua kedai tutup..
Apa lagi..pergilah KLCC....makan malam dekat taman tu..makanan tu mak classmate yang bungkuskan...
tambah sedih..

Raya Haji tahun kedua di perantauan pulak...
Semangat sikit. Masak laksa sarawak dengan classmate..sedappp :)
Pastu bawa g padang muslimat makan ramai-ramai.
Macam di Korea ;p
Petang tu siap pegi beriadah di Taman Botani lagi..
Bandar la sangat kan :)

Raya tahun ni..InsyaAllah esok..
Jalan-jalan dengan classmate lagi..
Dorglah peneman kala kejauhan * sastera kan? ;p

Nilah ujian...Allah datangkan ujian dalam pelbagai bentuk. 
Salah satunya ialah berjauhan dari keluarga.
Tahu apa hikmahnya?
Rasa rindu yang menggunung...
Kalau rindu mesti sebut dalam doa... :)
Lagi satu..
saat kita jauh dari keluarga, barulah rasa sangat-sangat menghargai mereka.
Balik rumah ja rasa teringin meluangkan masa 24 jam di rumah.
Duduk di rumah belum tentu kita mampu menjaga hati walidaini sebaiknya...
Lau dah jauh-jauh ni, InsyaAllah..makin berhati-hati menjaga hati mereka..
Won't hurt them :)
sungguh indah pencaturan Allah
Tiada satupun yang Dia rancangkan melainkan yang terbaik buat hambaNya.
Terpulanglah bagaimana kita memikirkannya....

Apa-apapun..selamat hari raya... ^ ^




No comments:

Post a Comment