assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

November 15, 2011

apa motif kita...

assalamualaikum...

alhamdulillah, sampai hari ni, saat ni kita masih bernafas di bumi Allah.
apa lagi kalimah teragung selain kalimah tahmid kan.. memuji Allah atas kurniaanNya.
daripada kita sebut benda2 yang hanya mengarut..walaupun kadang2 terlepas cakap tapi kita masih berpeluang mengubahnya..kan?

cakap sal ucapan yang lahir dari mulut ni, saya teringat kenangan mengikuti kem siswa remaja. buat pertama kalinya dalam hidup berkawad kaki sambil menyebut Allahu Akbar, SubhanaAllah..
menggantikan kiri kanan kiri...janggal bukan? tapi masa tulah juga saya sedar saya jarang menyebut kalimah tu. satu lagi camping yang sangat menarik saya ialah arabic camping di perak. masa kawad tu, kami nyanyi lagu Jundullah. maksudnya??? maksud Jundullah ni tentera Allah. fuh, memang best sgt2 lagu tu. membakar semangat para mujahadah di jalan Allah. hadi lepas ni, andaikata saya ditakdirkan berpeluang melatih anak murid saya berkawad, mesti saya pakai lagu jundullah..insyaAllah :)

ok2..bukan tu entri sebenarnya.
entri pada pagi yang indah ni ialah...EXAM, apa yang kita harapkan disebalik EXAM??
bila datang exam ja, semua sibuk mengulangkaji pelajaran.(termasuk saya, petang ni ada paper).
minggu lepas, paper yang mencabar paper Bh Arab.

sebenarnya yang keluar exam sikit ja, tapi yang perlu diulangkaji tu banyak.
timbullah persoalan..

"kita baca semua2 ni bukannya keluar semua pun, sket2 ja"..

si kawan pun menjawab...

"ala kita bukan baca untuk exam semata-mata, tp utk ilmu juga"..

nampak nda motif disitu??
2 motif dan pemikiran yang berbeza..

saya sendiri tertanya-tanya, apa motif sebenarnya??
belajar sebab exam? lulus? kerja?

atau belajar sebab ilmu...kerana Allah.
dengan ilmu tu mendekatkan kita kepada Allah.
dengan ilmu tu wasilah kita mengejar syurgawi tanpa mengabaikan duniawi..

ooo..yang mana satu???!
tepuk dada tanya iman.. :)

pendapat saya, apabila kita belajar sebab maukan ilmu, secara automatik kita akan dapat menjawab exam. sebabnya kita berusaha memahami dan memanfaatkan ilmu tersebut..

samalah konsepnya dengan,
jangan terlalu ghairah mencari si soleh, solehahkan dirimu dahulu, kelak yang soleh akan datang sendiri... ya?

akhir kalam...
semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang mencari ilmu kerana Allah.amin :)

doakan saya!

No comments:

Post a Comment