assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

November 23, 2011

apabila kami berBTN..

alhamdulillah. selesai sudah kem BTN di Tanjung Rhu, Sepang.
sekarang, kita boleh fokus kepada perancangan cuti pulak! yeahhh!
kejap, sebelum tu meh kita cerita-cerita sal BTN ni.

first of all, sebelum menyertai kem ni saya mempunyai persepsi yang sangat tidak matang!
pada saya, BTN ni tidak lain tidak bukan hanyalah bermotifkan politik!
tapi setelah 4 hari 3 malam mengikuti kem tersebut, saya memperoleh sesuatu dan sesuatu yang sangat luar biasa yang saya tidak akan dapat sekiranya saya tidak mengikuti kem ini!

hari pertama (19 November 2011):
kami bertolak dari IPG KPI seawal jam 9.00 pagi.
perjalanan ke Tanjung Rhu mengambil masa kurang lebih sejam.
kami tiba kira-kira jam 10.00 pagi.
baru datang je dah kena teriak sebab lambat.
haha.
amboi, garangnya jurulatih. :)
kemudian kami diberi taklimat dan penginapan.
program bermula petang tersebut dengan mendengar ceramah yang bertajuk
"Keselamatan dan Kedaulatan Negara"...
eee best sangat-sangat ceramah ni. banyak input yang menarik! paling best sebab penceramahnya sangat lawak! huuu. ngantuk jadi tak ngantuk :)
pada sebelah malam pulak, ceramah 1 Malaysia. sungguhpun penceramahnya seorang yang lawak, namun mengantuk tidak dapat dielakkan. mungkin disebabkan tajuk tu...




hari kedua (20 November 2011)
solat subuh berjemaah, tazkirah subuh.
kemudian kawad kaki.
best2..
sarapan..
pembahagian kumpulan yang mendebarkan.
kemudian kami masuk dalam LDK yang pertama.
berkenalan dengan fasi masing-masing.
kebetulan kumpulan saya dididik oleh fasi yang berpengalaman juga merupakan seorang peguamcara..
wah! macam-macam perkongsian beliau dengan kami!
setiap bait ayatnya sungguh bermakna!
terima kasih tuan Hairul Nizam....




seterunsnya LDK 2 dan 3..
selepas solat asar pulak, kami dikehendaki melakukan riadah.
tapi, hujan pulak. (dalam hati senyum lebar)
hujan kejap je, apa lagi kamu pujuklah para jurulatih supaya bawa kami ke pantai.
aisehh.. ok kata mereka! lalu kami pun menuju ke pantai Tanjung Rhu.
subhanaAllah! cantik sungguh..

pada sebelah malam pulak kami berLDK lagi..
tajuknya "Pulau Idaman"..
bestnyaaa..apabila kita berpeluang untuk mencipta sesuatu yang kita impikan.
apa yang ada disebalik tajuk LDK ni ialah..
bukan mudah hendak membentuk sebuah negara dan bukan mudah untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatannya!

hari ketiga (21 November 2011)
seawal pagi kami berkawad seperti biasa.
kemudian, kami masuk dalam LDK masing-masing.
yeah! next game ialah Kembara Perlembagaan.
kami kena pergi dari satu check point ke check point yang lain.
dalam kembara ini, kami didedahkan dengan 1 Malaysia, Kontrak Sosial, dan Polittik Semasa (kalau tak silap)..
setiap check point tu mendedahkan kami kepada pelbagai input sejarah dan isu yang mengingatkan kita kepada pentingnya menjaga hak-hak dan kedaulatan negara kita.

pada sebelah petang pula kami memberi fokus kepada beberapa isu negara yang semakin membimbangkan.
no komnen.

paling best masa riadah petang tu. sekali lagi kami dibawa ke pantai tapi kali ni lebih mencabar sebab kami dibawa melalui paya bakau yang penuh dengan bakau dan selut. imaginelah..hoho :)
sangat best.penat dan kotor.tapi pengalaman tu lebih berharga..yup :)

pada sebelah malam pulak ialah majlis penutupan dan pada keesokkan harinya kami bertolak balik ke IPG seawal jam 9.00 pagi..

alhamdulillah.
banyak perkara baru yang saya perolehi.
persepsi saya juga berbeza berbanding sebelum ini.
semangat baru cintakan negara.
peranan saya sebagai rakyat Malaysia.
dan banyak lagilah..
kiranya ada yang negatif, kita ambillah yang positif ya!

ok,sekian... :)

No comments:

Post a Comment