assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

November 13, 2011

TAdaBBur Alam di Taman Botani

alhamdulillah..usai ja menyambut hari raya aidiladha dengan rakan2 sekelas, kami teruskan dengan rancangan yang tidak dirancang, going to taman botani!
15 minit perjalanan dari IPG KPI. tambang teksi RM15. kalau ada kenderaan sendiri, then it will be better. niat asal kami hendak berbasikal. tapi yala cuti kan, manada basikal. basikal pun cuti raya maaa...huhu. kalau ada basikal, kosnya murah gak RM 2/hour daily..rm4/hour weekend. kami pun mengambil keputusan (la budda) hendak atau tidak terpaksalah berjalan kaki. betullah, ada hikmah tersembunyi kan..hehe.

subhanAllah! indah sungguh permandangan di taman botani petang tu. tasik yang terbentang luas, ikan2 yang laparkan roti gardenia, tumbuh-tumbuhan dari pelbagai jenis.

layan jap gambar-gambar sekitar Taman Botani.













wait! takkan tgk ja?? meh kita tadabbur alam!

"Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (Ar Ruum :08)

ALLAH ciptakan alam ini supaya kita memikirkan siapa pencipta teragung.
supaya kita berfikir dan terus berfikir akan keEsaan dan kekuasaan ALLAH.
supaya dengan berfikir tersebut akan memantapkan lagi akidah kita.
supaya kita dapat menjaga dan mengukuhkan akidah kita.
supaya dengan akidah yang mantap tersebut, kita menjadi penghuni syurga kelak. amin :)

waaa..pada saya tadabbur alam ini sangat menarik. Y??
sebab ianya simple. kita tengok apa di sekeliling kita dan fikirkan mengenainya.
sempoi. sambil2 menghayati permandangan sambil berfikir..
lagi-lagi bagi orang yang sukakan alam sekitar! inilah tadabbur paling dekat dengan anda!

1 comment:

  1. aku x pernah pergi taman botani. woww! subhanallah! pasti cantik! :D

    ReplyDelete