assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

April 26, 2013

My Third SBE

Assalamualaikum!

Ini tekad baru. Harus aku mencatat catit segala rentetan perjalanan hidupku sebagai guru pelatih.
Nanti aku boleh baca semula dan merindui saat-saat ini. Sebab ramai yang berkata bahawanya zaman belajar ni merupakan zaman paling sweet gitu. Ya? Yes it is :)

Haha. Kali ini cerita sal PBS yang telah pun berminggu-minggu berlalu. Tapi still sangat awesome memori tu.

Ok. Kali ini aku pilih SK Kuala Abai Kota Belud untuk melaksanakan PBS ni.
First sebab sekolah tu jauh dari rumahh.... Alasan ?
Second sebab my besties Tika Ripin kata sekolah tu best. * Rindu Tika :)




Oh ya..PBS ni sebenarnya bersama-sama rakan-rakan sekelas. Mierah, Gkah, Salina dan Mina. Awal-awal dh booked tiket. Tp Mina ja yang pergi. Sebab yang lain sangat risau dgn peristiwa Lahad Datu. Sedikit sedih disitu. But it's ok. Kahwin aku nanti wajib mereka-mereka ni datang. Hikhikhik ;P

Pertama kali menjejakkan kaki ke SK Kuala Abai. Jalan pun pakai hentam ja. Buat-buat tahu.
Nasib baik pagi tu, ramai budak-budak jalan kaki ke sekolah. Boleh follow dari belakang.
Sekolah ni betul-betul menghadap pantai. SubhanAllah awesome lagi! Mostly of the pupils come from villages nearby like Kuala Abai, Buah Pandai and the major race is Bajau following by Bajau Ubian.


Behind the scene

Kebetulan masa minggu PBS tu, sekolah terlibat sebagai tuan rumah untuk kejohanan hoki selama 4 hari. 4 HARI ok...jadi, 4 hari jugalah kami jadi penyokong setia di astaka.... Tugasan umpama ada tiada ;)


Cikgu tersangat ceria sebab dapat tengok game hockey!

Sekolah ni sangat-sangat menarik. Entah kenapa rasa sebak ja bila datang sekolah. Mungkin sebab gaya hidup budak-budak ni yang serba serbi kekurangan. Ada yang berkaki ayam ke sekolah. Baju compang camping. Ada yang tinggal di asrama. Yala, rasanya terlalu jauh berbeza dengan sekolah di semenanjung setakat yang aku pernah pergi. Kelas panas, masih kayu. Padahal ikut sejarah sekolah ni dibina sejak 1989. Kenapa masih berkeadaan macam tu? Fokus sangat dengan pembinaan sekolah-sekolah nuuun disana..Oh my kerajaan! Please do something! Jangan tunggu sekolah popular baru terhegeh-hegeh bagi peruntukan. Sedarlah. Persekitaran sangat memberi kesan kepada murid. Kalau sekolah pun tidak kelihatan menyeronokkan, apalagi semangat hendak belajar.

Bagi mereka keselesaan untuk belajar, kemudian baru pikirkan matlamat yang hendak dicapai.
What you give, you get back bah. :)

Fenomena kita di Malaysia ni, jambatan runtuh dulu baru sibuk tunding jari sana sini, baru mau buat kajian la, post mortem la. Cubalah sebelum bina jambatan tu, pihak tertentu pastikan dulu spesifikasi selamat nda selamatnya jambatan tu.


Kerajaan perlu lebih realistik. 
Ada sekolah terlalu mewah sampaikan sekolah-sekolah luar bandar sangat terabai.



Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.


Same goes to school.
Jangan wish murid-murid memenuhi kehendak FPK kalau kerajaan sendiri belum mampu menyediakan sebuah sekolah yang sama dalam atau luar bandar. Kenapa berbelanja lebih untuk sekolah tu kalau sekolah ni diabaikan? Pelik tu.

Semoga kerajaan mampu bina sekolah dengan  24 bilik darjah menelan kos RM 2 juta berbanding 12 bilik darjah menelan belanja RM12 juta.

Lari tajuk. Haha.

Entah. Sekian.





1 comment:

  1. bilang cigu sana, peranak mitu tu so' nu belajar niak kuui..cuba banin bi kayu hoki atau suun bi main bul..numbur satu sep..
    betul kata kau dah. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

    ReplyDelete