assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

November 7, 2013

Program Semaian Kasih Perpaduan 2013

Assalamualaikum. Moshi-moshi

Alhamdulillah. Berkesempatan mengikuti program Semaian Kasih Perpaduan anjuran IPGM dengan kerjasama JPNIN. Bertempat di Kg. Johor Lama, Kota Tinggi, Johor. Kampun ni terletak di tepi laut. Masuk ke kampung ni kena lalu kawasan FELDA. Laut dan FELDA... :) Program 4 hari 3 malam melibatkan mahasiswa guru IPG zon tengah :)



Sungguhlah seronok. Firstly sampai-sampai ja kampung tu, ada majlis perasmian pembukaan. Lepas tu kami diagihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Heee.. Masa ni berdebar-debar. Sik mo berpisah dengan kawan-kawan seIPG. Hahaha. Motif. Tapi mahu tidak mahu berpisah jua. Kata perpaduan...kan.

Jadi, aku dengan Dina (Bdk IPG KPI) menjadi cucu angkat kepada Haji Sulaiman. Ramai ok.. 10 orang kami menjadi cucu angkat. Haha. Lain-lain IPG. Lain-lain agama. Lain-lain budaya. Tu yang menjadikan keluarga angkat ni seronok. Atok dengan nenek tinggal berdua. Anak-anak berkahwin dan tinggal jauh dari kampung. Atok ni umur 78 tahun, nenek 76 tahun. Tapi dua-dua sihat lagi dan aktif. Comeyy. Malu dengan nenek. Dia baca sarikata tv dengan jelas..aku yang 22 tahun ni pakai spek baru dapat tengok tv.. :)

Cucu-cucu angakt seramai 10 orang.
Malay, Bajau, Iban, Chinese, Bidayuh 



Ini rumah atok leman. Eh, memandai letak Leman.

Oh ya, rumah atok ni betul-betul membelakang laut. Buka pintu belakang..zasss laut depan mata..Huu.

Cerita Day 1:


Tu ja la...perasmian..penyerahan kepada keluarga angkat..malam tu taklimat dan meluangkan masa dengan keluarga angkat. Aku macam mana sekalipun program, tidur tetap awal daripada yang lain.. Walaupun yang lain masih rancak berkenalan dan berborak, aku awal lagi diulit mimpi..hihihi.. Tidaklah ku mampu tidur lewat...

Cerita Day 2:

Sabtu pagi kami bertolak ke Sekolah Wawasan. Selama ni belajar ja sekolah wawasan, akhirnya jejak juga kaki. Yes, sekolah wawasan ni unik sebab menggabungkan 3 kaum. SJKT, SJKC dan SK. Memang meriah sekolah ni. Ada Melayu, Cina dan India. Ha, sinilah kita boleh tengok kaum Melayu tinggal kawasan pesisir pantai, kaum India dalam estet manakala kaum Cina tinggal di ladang. Pagi tu kami menganjurkan pertandingan mewarna bagi tadika, program mendeklamasi sajak dan kelas bimbingan untuk murid sekolah rendah. Apa yang dapat disimpulkan, suasana 1 Malaysia sangat dirasai.. :)

Pertandingan mewarna kategori tadika

Pertandingan deklamasi sajak

Mahasiswa IPG

WE :)





Petang pula kami bergotong-royong membersihkan kawasan pantai dan kampung. Lepas tu, masuk ke estet dan ladang untuk memberikan sedikit sumbangan yang ditaja oleh Syarikat Faiza kalau xsilap.

Sebelah malam pula ada jamuan makan sambil menonton persembahan kebudayaan. Yang ini awesome. Ada persembahan tarian Sabah Kontemporari, Ngajat, Sumazau, Seloka Pak Kaduk, Dondang Sayang dan menyanyi. Hi :)

Balik rumah teruss tdurrr...itu adalah habit..tdur awal.


Day 3 
Seawal pagi lagi bangun. Sarapan roti canai cicah dengan kuah kari. Mebelles sungguh kuah kari tu. Bedal 2 keping. Hikhik. Lepas tu terus ke dewan terbuka untuk taklimat. Ha, masa ni kecoh-kecoh sebab berebut main air atau aktiviti permainan tradisional. Aku 2 3 kali pikir. Akhirnya ke air lah.. Best! :)






Sebelah petang pulak bersiap ke Taman Buaya!


Malam pulak program Pangkin Tok Ayah. Program ini memperkenalkan lagi asal-usul 
Kg Johor Lama ni :) Lepas tu balik rumah. Malam akhir sentimental pulak. Family angkat siap bagi gift lagi. Hihihi.


My gift ;)

Lepas tu..terusssla main bunga api! Jam 12 tgh malam.

Banyak stok pak cik..huhuhu. Siap bagi lagi. Terima kasih ^^


Cerita Day 4:
Last day. Majlis penutupan dan diikuti jamuan ringan. Selesai semua,
terus balik ke IPG. 
Keluarga Baru :) Terima kasih Tok Leman sekeluarga. :)

Last gambar Pok dan Zack. Makan besar on the last day. Untunglahhhh. :P

Kesimpulannya, program ini sangat-sangat best! Alhamdulillah. Banyak sebenarnya pengalaman baru. Belajar berinteraksi dengan masyarakat luar. Memperkenalkan IPG kepada orang luar. Disamping mengeratkan silaturahim antara Mahasiswa Mahasiswi IPG.

Terima kasih atas peluang yang diberikan!

No comments:

Post a Comment