assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

November 29, 2013

2 Tahun Lagi

Alhamdulillah. Baru menghabiskan PISMP Semester 4. Terasa cepat masa berlalu. 
Ada 2 tahun lagi. 4 semester. Tahun depan insyaAllah akan melalui fasa praktikum pulak. 
Takut memikirkan. Apapun, berdoa semoga dipermudahkan. 
Selalu bertanya pada diri. Pensyarah pun selalu bertanya.
Bersedia menjadi guru?

MasyaAllah. Setelah 3 tahun setengah dilalui. 
Takkan masih belum jumpa jawapan.
Ask ourself. Selalulah bertanya pada diri.
Sejauhmana keikhlasan untuk menjadi guru.

Manusia adalah manusia.
Tidak hilang sifat nalurinya.
Dapat menyembunyikan apa yang tersirat.
Kadang-kadang terluah yang tersurat.

Sebab itulah kadang-kadang rasa keliru. Takut.
Takkan mengajar adalah pilihan terakhir?
Baiklah, Sungguhpun pilihan teradkhir,
tidak percayakah pada takdir Yang Maha Esa?
Pasti ada hikmah. Sebab Dia lebih tahu.

Pernah terbaca satu topik.
Guru ada 2.
Guru dengan bakat semula jadi sebagai seorang guru.
Dan guru yang bakatnya perlu diasah untuk menjadi seorang guru.
Aku rasa tempat aku yang kedua.
Sedang bertatih menanamkan semangat sebagai pendidik dalam diri.
Banyak yang perlu diperbaiki. Terlalu banyak.
Tidak mahu menjadi guru yang memenuhi tuntutan akademik semata.
Mahu membentuk sahsiah.
Sahsiahlah yang perlu aku jaga. Risau --'

No comments:

Post a Comment