assalamualaikum

http://anaqanniah@blogspot.com

February 3, 2014

SeTeksi

Assalamualaikum.

Ha, cerita terbaru. Masih panas macam pisang goreng. Masih lagi hatiku sedikit panas. Eceh. Ahad lepas dapat tawaran menggantikan seorang ustaz mengajar tuisyen Bahasa Arab untuk budak-budak SPM. Masa dapat tawaran, terus terfikir bestnya. Mahu juga daku merasa bagaimana mengajar dan mengaplikasikan teori yang dipelajari. Gituh. Maka berpergianlah bersama seorang sahabat. Kami pergi dengan menaiki teksi. Almaklumlah. Kami mana ada kereta. Pak Cik dahlah lambat 15 minit.. Boleh pulak dia tumpangkan sekali mamat Bangla 2 orang. Jadi, kami 4 orang dalam 1 teksi! Masa inilah membahang rasa hati. Sangat. Tidak sensitifkah pak cik. Memanglah untung untung untung. Tapi kami customer first. First come first serve! Kami perempuan. Bukan lelaki. Eyhhh. Boleh buat aduan pelanggan kan kan kan? Tapi apa sangatlah kan. Apa salahnya pak cik kaut untung lebih.. Mahu memikirkan kebaikan untuk pak cik, tapi sayangnya pak cik tidak sensitif dengan situasi kami. Andai yang ditumpangkan itu perempuan, berhimpit berlima pun tidak kisah. Oh! Masih gerammm. Dek kerana kejadian ini, 2 hari rasa marah yang entah kenapa. Marah sebab pentingkan diri. Marah sebab terfikir " I wish I stay at home and go anywhere by driving myself"..Wahh. Tapi hari ini sedikit positif. Dimana-mana sekalipun, dugaan mendatang dan kita jangan melatah. Allah uji sebab Allah sayang...

Sekian ;)

No comments:

Post a Comment